LRT mampu atasi kesesakan di LDP:Zin | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Pembinaan LaluanTransit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lebuhraya Damansara ?Puchong (LDP) mampu mengatasi masalah kesesakan di lebuh raya berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kementeriannya akan mengkaji cadangan itu bagi mengatais kesesakan lalu lintas.

"Untukkebaikan rakyat, saya bersetuju dengan cadangan itu dan kita akan bawa perkara ini kepada Unit Perancang Ekonomi dan saya akan maklumkan kepada Kabinet Jumaat ini," katanya selepas merasmikan Galeri Sistem Binaan Berindustri (IBS) di sini, semalam.

Menurutnya, Jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya itu adalah sebanyak 130,000 sehari hamper melebihi tahap optimum iaitu 135,000 kenderaan sehari.

Beliau berkata, kementerian telah berbincang dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN) berhubung usaha mengurangkan keseksan di lebuh raya itu yang mencapai tahap paling teruk.

"Kawasan lain yang dikenal pasti sebagai kawasan kesesakan paling teruk ialah di sekitar Plaza Tol Petaling dan Plaza Tol Pencala.

Jumlah lorong yang disediakan oleh LDP tidak mampu menampun jumlah trafik yang diunjurkan," katanya.

LDP juga merekodkan jumlah kemalangan yang tinggi antara Januari  hingga September tahun ini iaitu sebanyak 1.56 kes dengan 14 kematian terutama nya di KM 11.3 hingga KM 12.5 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian