Roadmap IBS atasi pergantungan pekerja asing | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

MASALAH lambakan pekerja asing dalam sektor pembinaan bukanlah suatu isu baru di negara ini.  Lebih merugikan, pergantungan kepada tenaga kerja asing menyebabkan berbillion ringgit di bawa ke luar.

Bagi mengelakkan masalah ini berterusan, CIDB mengambil inisiatif mengusahakan penyediaan Roadmap IBS (2003-2010) yang memberi fokus ke arah pengurangan penggunaan tenaga kerja asing dalam meningkatkan produktiviti, kualiti, keselamatan dan daya saing dalam industri pembinaan di Malaysia.

Roadmap ini yang berteraskan kepada galakan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) mempunyi matlamat jangka panjang untuk mencapai Sistem Pembinaan Terbuka (OBS) dan pengindustrian sepenuhnya sektor pembinaan di malaysia menjelang 2020.

Lima strategi utama Roadmap IBS

Tenaga kerja

 Memulakan usaha membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Program latihan dan persijilan meliputi pelbagai peringkat dengan pengetahuan IBS termasuklah;

Pembutan acuan untuk komponen IBS.

Program bersama-sama dengan pengeluar IBS untuk memberi pendedahan kepakaran industri secara latihan sambil bekerja kepada pelatih.

Program latihan penjelia tapak dengan pengatahuan IBS.

Kurusus mendatori berkenaan IBS atau Kordinasi Modular (MC) untuk ahli Lembaga Jurutera Malaysia dan Lembaga Arkitek Malaysia dan memperkenalkan silibus berkaitan kepada mahasiswa di peringkat Ijazah dan Diploma di institusi-insitusi pengajian awam dan swasta.

Mewujudkan Polisi Pekerja agar dapat menurunkan bilangan pekerja asing secara berperingkat di dalam industri pembinaan (daripada 75 peratus pada 2003 kepada 55 peratus (2005) segingga 15 peratus pada 2009).

Bahan, komponen dan mesin

Menguatkuasakan pengguna Mc berdasarkan MS1064 melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKSB) pada 2004 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Meneruskan penerbitan buku-buku Ilmiah dan laporan kajian kes, Standard Malaysia (MS) dan Standard Industri Pembinaan (CIS).

Membangunkan satu siri komponen binaan piawai dan pelan bangunan untuk kelulusan melalui laluan hijau oleh PBT.

Menyediakan Kod Reka Bentuk Pembinaan (Buildabillty Design Code) untuk menggalakkan penggunaan IBS yang seragam.

Meneruskan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan untuk melahirkan inovasi IBS tempatan.

Mewujudkan Pusat Sumber IBS bagi proses penapisan, pensijilan dan penjilidan untuk mengawalselia kesemua teknologi IBS.

Pengurusan, proses dan kaedah

Memasukkan pengetahuan IBS atau MC di dalam Standard of Pracitice dan modul latihan bagi tujuan pendaftaran Pengurus Projek.

Menyediakan program pengkhususan berkaitan IBS bagi kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

Menguatkuasakan program Jaminan Kualiti bagi setiap jenis IBS.

Menyediakan contoh dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) untuk proses reka bentuk, pembuatan dan pemasangan IBS.

Menguatkuasakan program Regulatory Compliance berdasarkan standard untuk komponen IBS sebagai alat tapisan produk IBS mula tahun 2005.

Ekonomi dan kewangan

Menggunakan IBS 30 peratus daripada 150,000 unit rumah yang dicadangkan oleh Syarikat Perumahan Negara (SPNB) di bawah Pekej Rangsangan Ekonomi 2003.

Mengumpulkan data secara berterusan untuk projek-projek yang telah dan sedang dijalankan termasuk projek perintis IBS atau MC.

Menjalankan kajian setiap lima tahun untuk meramal keperluan komponen IBS.

Menguatkuasakan penggunaan IBS di dalam projek-projek (bangunan) kerajaan secara berperingkat-peringkat.

Memperkenalkan program Bulidability mulai 2006 untuk projek (bangunan) swasta dan menguatkuasakannya melalui PBT pada 2008.

Menyediakan insentif pengurangan cukai untuk para pengeluar komponen IBS bumiputera mula 2005.

Menyediakan program kelulusan pelan bangunan secara laluan hijau untuk pengguna pelan standard yang direka bentuk mengikut MC dan komponen binaan piawai.

Mengecualikan levi mulai 2004 bagi projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana serta mengurangkan levi sebagai 50 peratus bagi rumah-rumah jenis lain yang menggunakan dimensi modular dalam reka bentuk selepas tamatnya tempoh penguatkuasaan Pakej Ransangan Ekonomi 2003.

Menyediakan skim latihan dan pinjaman kewangan untuk pengeluar dan kontraktor bumiputera.

Pemasaran dan promosi

Menjalankan program IBS Lobby Group, Showcase melalui perkampungan IBS, katlog produk dan promosi di media masa.

Meneruskan program promosi jelajah dan seminar IBS atau MC di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Meneruskan program Anugerah Industri Pembinaan berkaitan IBS.

Memperkenalkan konsep Sistem Binaan Terbuka kepada industri secara berperingkat.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia