SMART menang anugerah | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR, 13 Okt. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) memenangi kategori anugerah antarabangsa bagi Anugerah Industri Pembinaan British (BCIA) 2008 di atas kecemerlangan dalam inovasi dan kejuruteraan.

BCIA merupakan anugerah berprestij British yang memberi pengiktirafan dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Gamuda Bhd., NCIA merupakan anugerah paling berpengaruh dalam industri berkenaan dan sering dianggap sebagai anugerah 'Oscar' dalam bidang pembinaan.

Tambah syarikat itu, kemenangan SMART adalah bergatung kepada penyelesaian kejuruteraan inovatifnya yang menyelesaikan dua masalah yang sudah lama wujd di Kuala Lumpur.

Dua masalah yang berjaya diselesaikan itu adalah banjir di pusat bandar yang disebabkan limpahan air sungai dan kesesakan jalan raya di bahagian selatan bandar raya itu.

SMART disiapkan pada Jun 2007 yang lalu dan dijalankan secara usaha sama di antara MMC Corporation Bhd. Dan Gamuda Bhd.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia