Kajian lalauan alternatif atasi kesesakan LDP | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SEPANG: Satu laluan alternatif di sepanjang Lebuhraya Damansara Pucung (LDP) akan diwujudkan terutama berhampiran kawasan Plaza Tol Sunway dan Sungai Pencala bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya terbabit yang kini diangap paling teruk.

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata kementerian sedang mengkaji cadangan yang dikemukkan Plus Expresways Bhd (Plus) untuk membina laluan berkenaan sebagai usaha memberikan keselesaan kepada pengguna.

"Kami banyak mendapat rintihan dan aduan daripada pengguna LDP mengenai tahap perkhidmatan di dua lokasi itu amat tidak memuaskan iaitu dikategorikan sebagai E iaitu paling teruk.

"Selain itu, jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya itu sudah melebihi tahap optimum iaitu 120,000 kenderaan sehari.

"Justeru, kita meminta Lembaga Lebuh Raya (LLM) dan Unit Perancang ekonomi (EPU) untuk mengkaji, meneliti dan menimbang cadangan pembinaan laluan alternatif berkenaan supaya langkah segera dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan  Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, semalam

Md Zin berkata, apabila laluan alternatif itu dilaksankan, ia dapat dimanfaatkan ribuan pengguna di sekitar Lembah Kelang.

Ditanya mengenai perkembangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), katanya, pakej kedua antara Johor ke Telemong yang membabitkan laluan sejauh 180 kilometer dijadualkan siap Mei 2011. 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro