Tol elektronik di Lebuh Raya Persekutuan mulai 17 November | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Para pemandu di Lebuh Raya Persekutuan, di sini mungkin tidak lagi berdepan masalah kesesakan di plaza tol apabila kerajaan bakal melaksanakan program percubaan kaedah bayaran tol secara elektronik melalui system gantri mulai 17 November ini.

Projek Intelligent Transportation System (ITS) yang turut dikenali sebagai multilane free flow expressway itu akan menggunakan laluan Smart Tag dan hanya membabitkan pemandu yang mempunyi alat khas tambahan yang dipasang pada Smart Tag.

Melalui system berteknologi Jepun dan Sweden itu, pemandu tidak perlu lagi behenti di plaza tol Batu Tiga, Shah Alam sebaliknya meneruskan perjalanan seperti biasa.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kerjasama antara Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan Plus Expressway Bhd. (PLUS) itu akan dijalankan selama setahu bagi menguji aspek teknikal sebelum dilaksanakan sepenuhnya kelak.

"Untuk percubaan, ITS hanya akan dipasang di Plaza Tol Batu Tiga memandangkan kesesakan sering berlaku di plaza tol berkenaan terutamanya pada waktu puncak.

"Kita berharap percubaan ini berjaya dan sestem ini boleh dipasang disepanjang lebuh raya bagi melancarkan lagi perjalanan dan membantu pihak konsesi yang berkaitan menguruskan lebuh raya dengan lebih cekap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan seminar ITS dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara ITS Malaysia dan ITS Kanada di sini semalam.

Tambahan Mohd. Zin, di bawah sistem yang bakal dilaksanakan itu, pengguna lebuh raya hanya perlu membeli kad prabayar e-Tag unutk dipasang pada cermin kenderaan. 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo