404 projek guna IBS dilulus hingga 15 Oktober | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan kos RM9.4 bilion sehingga 14 Oktober lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata, ia meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan perumahan rakyat oleh agensi-agensi kerajaan seperti yang telah ditetapkan iaitu menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam projek-projek itu.

IBS adalah teknik pembinaan yang melibatkan pemasangan di tapak binaan komponen-komponen pra-tuang atau pre-fabrikasi atau pasang siap. Ia berintensifkan teknologi mekanisme dan automasi.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada kontraktor Zon Tengah mengenai Pengiraan Perubahan Harga di sini hari ini, Mohd Zin juga berharap sektor swasta akan turut serta menggunakan kaedah IBS.

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia