Plus bantu kontraktor | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

PLUS Expressways Bhd (Plus) membuka peluang kepada kontraktor Bumiputera kelas F dan G1 bagi menceburi kontrak pembangunan dan Kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya kendaliannya di seluruh Negara.

Peluang diberikan itu sekali gus membantu kontrktor berkenaan mengatasi isu kesukaran mendapatkan projek  pembangunan selain membantu membabitkan mereka secara langsung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9)

Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid, berkata menerusi program itu, pihaknya akan mengagihkan 10 peratus daripada nilai kontrak kepada kontraktor berkenaan membabitkan nilai kira-kira RM40 juta bagi Kerja baik pulih, menyelenggara dan menaik taraf lebuh kendaliannya dan langkah memperkenalkan program itu akan membantu kerajaan menaik taraf kelas kelayakan kontraktor kelas berkenaan.

"Bagi memastikan Kerja baik pulih dan selenggara itu menepati kehendak Plus, kami akan menggandingkan kontraktor utama sekali gus meningkatkan kemampuan kontraktor tempatan.

"Mereka juga berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang teknikal dan pengurusan projek selain meningkatkan kualiti kerja dan memantapkan kebolehan dalam bidang peminaan," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran logo baru Plus dan Program mentor-mentee di Subang Jaya, semalam.

Majlis pelancaran itu di sempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Hadir sama, Pengurusi Plus, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd kassim dan Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar.

Katanya, di seluruh negara, kira-kira 17,000 kontraktor Bumiputera kelas F berdaftar dengan Lembaga pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Menerusi program itu, mentee atau kontraktor Bumiputera kelas F dan G1 akan melaksanakan kerja sub kontrak yang diberikan mentor(kontraktor utama) PLUS, manakala mentor juga akan bertanggungjawab ke atas pencapaian mentee masing-masing.

Noorizah berkata, pihaknya juga akan turut memantau dan memastikan kontraktor utama mematuhi proses pembayaran kepada kontraktor yang berada di bawah naungannya.

Katanya, Plus menawarkan skop kerja seperti penyelenggaraan rutin kerja-kerja awam, mekanikal dan elektrikal serta kerja menaik taraf dan pembiakan lebuh raya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro