19 acara jadi tarikan ASC Ketujuh esok | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SETIAP dua tahun sekali, lebih 200 ahli professional muda dalam bidang industri, perkhidmatan dan vokasional di seluruh negara berkumpul menunjukkan kebolehan, bakat dan keupayaan masing-masing dalam Pertandingan Kemahiran Asean (ASC).

Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah untuk penganjuran ASC Ketujuh yang bakal berlangsung di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jalan Chan Sow Lin dekat sini selama tiga hari bermula esok sehingga 16 November ini.

Menteri Kerjaraya, Dato? Ir. Mohd Zin Mohamed, berkata ini adalah kali kedua Malaysia menganjurkan pertandingan pada 1995.

Katanya, ABM dipilih lokasi pertandingan kerana ia adalah tapak bagi perkampungan pembinaan yang ketika ini mempunyai kelengkapan prasarana pusat latihan binaan ABM, pusat konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), makmal Kerjaraya dan Pusat Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Mohd Zin berkata acara sampingan seperti ceramah kerjaya, demonstrasi  kemahiran, pameran kerjaya, pertandingan ?lego? dan kuiz turut diadakan.

"Malaysia akan menyertai kesemua 19 acara dan menghantar 38 peserta,"'katanya.

PESERTA NEGARA

Teknologi automotifSukrizal UjangNor Azfar haniff Mazlan

Terapi kecantikan Stephanie Andrea R A Hirudhayandhass Khairunnisa' Hamdan

Terapan batu bataMohd Saiful Mat NorSaiful Junaidi

Pembuatan kabinetJohannes Juman usenAhmad Firdhaus Kamal 

CADDFarhan  Mohamad IdrisRaja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin

MemasakNuradibah Abd RahmanMuhamad Afiq Mohd Hanif

Pemasangan sistem elektrikMeor Muhamad Suhaimi Meor MuhamadMohd Saiful Anis Busu

Teknologi rekaan grafikMohd Eezat KamalIzzul Fadzli Zulkefli

Elektronik industriHue Kai HongChua Tau Shen

Aplikasi ITMuna Azyan JoharSiti Salmira Mat Daud

PencantumanSaidun SuhimSanusi Abdullah

Pembuatan pakaian wanitaMasni Abdul Muna'aimSuza Azlina Alias 

MekatronikMohd Ikrawmy OmarLim Kok Hong

Pemasangan paipBenedict PasuhClamence Bertam

Penyejuk bekuanMohd Azlan WasiranMohd Munir Isyafiq Ali

Perkhidmatan restoranWan Shazana Wan Abdul ShukorMuhammad Adnan Mahusin

Kemasan lantai dan dindingMohd Azuan AzizMohd Faizol Mat Seman

Rekaan webMohd Hafiz SafieMohd Soffi Abu Bakar

KimpalanRedzuan Mad HashimMohd Razzif Mat Rasidi

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian