Kementerian nafi lantik individu. | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KEMENTERIAN Kerjaraya ingin membuat penjelasan bahawa kementerian ini tidak pernah melantik sebarang individu dalam urusan pemberian projek secara rundingan terus kepada mana-mana kontraktor kerana ia bukan bidang tugas kementerian.

Sehubungan itu jika kontraktor menerima panggilan telefon yang menyatakan mereka terpilih dan dilantik kementerian untuk melaksanakan projek dan meminta kontraktor memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun individu berkenaan, kontraktor dinasihatkan menghubungi kementerian untuk mendapatkan penjelasan.

Sehubungan itu, segala salah faham dan kekeliruan kontraktor berkaitan isu ini adalah dikesali dan kenyataan ini diharafkan dapat menjelaskan segala kekeliruan.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian