6 Belia wakili Negara Ke Pertandingan Kemahiran Dunia | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

ENAM belia dari  Malaysia bakal mewakili Negara dalam Pertandingan Kemahiran Dunia di Kanada tahun depan.

Mereka adalah antara kira-kira 300 peserta yang menyertai Pertandingan Kemahiran Peringkat Asean (ASC) ke- 7 yang berlansung di Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Novembe lalu.

Selain enam belia yang memenangi pertandingan kemahiran dalam bidang pembuatan bata, teknologi automotif, pemasangan elektrik, plumbing dan elektronik industri itu, 19 lagi belia Malaysia turut membawa pulang pingat masing-masing iaitu tujuh perak, lima gangsa, manakala selebihnya Diploma Kecemerlangan menerusi rekaan masing-masing.

Pengerusi ASC ke-7 yang juga Ketua Kontinjen Malaysia Dato' Seri Dr Abdul Munit Kasmin, berkata tujuan utama pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat belia dan menaikkan taraf belia yang berkemahiran.

" Masyarakat sering memandang rendah terhadap mereka yang tidak memiliki pencapaian akademik walaupun mempunyai kemahiran.

Sedangkan sumbangan mereka dalam masyarakat sama pentingnya. Justeru pertandingan ini dilihat dapat menaikkan taraf kedudukan mereka yang berkemahiran kerana  ia adalah kunci untuk meneruskan kehidupan", katanya yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Kerjaraya.

Beliau berkata, pertandingan peringkat Asean diadakan dua tahun sekali manakala pada peringkat kebangsaan dilangsungkan setiap tahun menerusi pertandingan Anugerah Tangan Emas.

Dr Abdul Munit mengucapkan terima kasih semua pihak yang terbabit dalam penganjuran ASC ke- 7     

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian