Malaysia peroleh enam emas ASC Ke-7 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 18 NOV- Malaysia berjaya memperolehi enam pingat emas, tujuh perak dan lima gangsa pada pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) Ke-7 di Akademi Binaan Malaysia di sini malam ini.

Peserta Negara yang memperoleh pingat emas ialah Norazfar Haniff Mazlan dalam kategori teknologi automobile: Mohd Saiful Mat Nor dan Saiful Junaidi (penurapan bata);Meor Muhamad Suhaimi Meor Muhamad (pemasangan alat-alat elektrik); Hue Kai Kong (elektronik industri) serta Clemence Anak Bertam (kerja memasang paip)

Kai Hong turut dinobat sebagai peserta Negara paling cemerlang dengan memperolehi skor tertinggi dalam pasukan Negara bagi pertandingan itu.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed yang sekali gus merasmikan penutupan pertandingan.

Pertandingan yang diadakan dari 14 hingga 16 November lalu mempertandingakan 19 kategori kemahiran.

Peserta Negara diwakili oleh 38 orang yang menyertai setiap kategori yang turut melibatkan penyertaan daripada 10 negara ASEAN.

Pada majlis itu, Mohd Zin turut menyerahkan bendera ASC kepada wakil delegasi Thailand, Nakhon Silapa-acha yang mana Negara itu akan menjadi tuah rumah kejohanan itu pada 2010.

ASC menjadi wadah untuk mempamerkan kecemerlangan skil vokasional dan teknikal di kalangan Negara ASEAN.  

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia