KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina jambatan tetap bagi memudahkan penduduk di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bagi menggantikan jambatan taktikal yang mula digunakan mereka sejak Ahad lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata selain jambatan yang akan menghubungkan Jalan Bukit Mewah ke Traville Park, satu laluan tetap bertar akan dibina bersebelahan laluan denai yang mula dibuka kelmarin bagi memudahkan perpindahan penduduk.
?Jambatan dan laluan ini dibina esok (hari ini) dan kemungkinan siap Jumaat ini.
?Langkah ini memudahkan penduduk bergerak dan proses perpindahan berjalan dengan lebih sempurna dan teratur tanpa berlaku kesesakan bagi penduduk yang ingin turun naik (dari kediaman mereka),? katanya kepada pemberita di sini, semalam.