Jabatan Cerun diarah buat kajian terperinci | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

MAKKAH: Jabatan Cerun diarah membuat kaji selidik terperinci di kawasan berlakunya tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa dengan serta-merta , kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Katanya, jabatan berkenaan akan melakukan kajian teknikal dengan aspek kejuruteraan forensik supaya data tertentu dapat diperoleh seterusnya memberikan gambaran jelas keadaan di kawasan itu.

"Mungkin dengan data yang sedia ada ini, kita boleh memberi gambaran jelas di kawasan itu.  Kalau hujan berlarutan ini akan lebih memudaratkan kawasan itu.  Kajian untuk beri gambaran awal akan dapat dilakukan dengan laporan geoteknikal," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau juga dimaklumkan kawasan terbabit adalah kawasan muka bumi yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan jabatan terbabit sedang melakukan pemantauan.

"Saya kira arahan Perdana Menteri supaya semua pembangunan di tanah tinggi diberhentikan adalah tepat dan sesuai dalam iklim dan suasan yang dihadapi masa kini," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian