BANDARAYA MELAKA- Semua pemaju projek di negara ini termasuk kontraktor binaan disarankan menggunakan Sistem Pembangunan Industri (IBS) untuk melaksanakan projek masing-masing.
Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ia selaras dengan komitmen kerajaan pada sama terdekat ini iaitu bakal menguatkuasakan penggunaan IBS dalam semua projek kerajaan kelak.
"Sehingga November lalu, kementerian mengenal pasti 408 projek menggunakan IBS dengan kos sebanyak RM 9.4 bilion.
"Daripada jumlah itu, 189 projek ditender dan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan seperti pembinaan, penilaian dan tempoh iklan," katanya selepas majlis penerangan mengenai Pengiraan Perubahan Harga (VOP) dan IBS, di sini , semalam.
Katanya, bagi tahun depan dan 2010 kelak, sebanyak 121 projek di kenal pasti menggunakan sistem berkenaan.
Setiap agensi kerajaan juga diminta menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus sistem itu setiap projek pembangunan dan perumahan rakyat. Satu sekretariat IBS Kebangsaan ditubuhkan di bawah kementerian bagi melancarkan usaha perlaksanaan sistem tersebut ke atas projek pembangunan yang dijalankan.
"Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan (CIDB) juga membangunkan pusat iBS sebagai pusat rujukan setempat bagi hal-hal berkaitan perancangan, reka bentuk pengeluaran dan latihan persijilan berkaitan IBS," katanya.
Melalui penggunaan IBS dalam projek pembangunan, ia juga dapat meningkatkan kualiti dan daya saing.
Menurutnya, sudah tiba masanya pergantungan tenaga asing dihentikan dalams sektor tersebut memandangkan bilangan mereka kini mencapai 2.2 juta orang.
"Setiap dari mereka ini menghantar sekurang-kurangnya RM 780 sebulan ke luar negara dan menjelang bulan depan sebanyak RM 18 bilion wang negara di jangka mengalir keluar.