Lencongan trafik di Ipoh Selatan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Lencongan trafik di Ipoh Selatan

KUALA LUMPUR 21 Nov- PLUS Expressway Berhad (PLUS) akan membuka lencongan di kilometer 27.8, arah selatan berhampiran persimpangan bertingkat  Ipoh-Utara bagi memberi laluan kerja-kerja projek Laluan Terus Tanpa Henti antara Ipoh Selatan dan Jelapang.

Menurut pengarah Urusan Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, lencongan itu akan dibuka pada isnin depan.

"Sehubungan itu kenderaan dari arah utara yang ingin ke Sungai Siput atau Tasek perlu menggunakan lorong kiri dan keluar dari lebuh raya menerusi jalan susur di Kilometer 270.8.

"Kenderaan yang menghala ke Kuala Lumpur atau Ipoh perlu menggunakan lorong kanan dan dilencongkan semula ke laluan utama lebuh raya di Kilometer 270.8," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, PLUS menasihatkan semua pemandu berhati-hati dan memerhatikan papan tanda arahan yang disediakan di kawasan terbabit  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia