CIDB rancang latih 100,000 pekerja mahir | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 19 Dis. ? Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang merangka strategi untuk melatih sekurang-kurangnya 100,000 pekerja mahir pada 2009. 

Pengerusinya, Tan Sri Jamilus Hussein berkata, lembaga itu sedang menyusunnya dan menjangka rancangan itu menjadi kenyataan menjalankan akhir tahun.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan perincian strategi itu.

Ia disusun kerana kerajaan mengarahkan CIDB melatih 100,000 pekerja mahir menjelang 2009, katanya selepas melancarkan Program Diploma Eksekutif di sini hari ini.

Program Diploma Eksekutif itu merupakan usaha bersama antara WMIT Professional Center Sdn. Bhd., School of  Professional and Continuing Education (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia dan Integrated Enviro Water Management Sdn Bhd.

Program itu menawarkan tiga diploma eksekutif iaitu Diploma Eksekutif Pengurusan Infrastruktur Terbina, Diploma Eksekutif Pengurusan Infrastruktur Maklumat dan Diploma Eksekutif Teknologi Tanparit dan Terowong.

"Pendaftaran dibuka sekarang. Kami berhasrat memulakan kursus pada Januari. Jadi, sekarang ini kami menunggu pendaftaran.

"Kami menyasarkan 70 pelajar dalam kumpulan pertama bagi ketiga-tiga kursus yang bermula Januari depan," kata Presiden PWM Associate Sdn. Bhd., Ir. W Mokhtar Nawang.

Menurutnya, kursus-kursus itu disasarkan kepada ahli professional industri.  

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia