Paip bocor punca jalan berlubang | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merujuk kepada surat 'Pemandu Malang' yang disiarkan ruang ini pada 22 Disember lalu.  Kementerian sudah mengenal pasti lokasi yang dimaksudkan iaitu Jalan Slim River Trolak.

Memang diakui kerja pembaikan tidak dapat dilakukan dengan segera kerana jalan berlubang disebabkan ada takungan air berpunca daripada paip bocor. JKR Slim River menempatkan kon plastic serta panghalang di lubang berkenaan, manakala kerja mengesan puca paip bocor dilakukan segera.

Kerja menampal semula lubang hanya dapat dilakukan selepas punca kebocoran dikesan dan selepas selesai kerja pembaikan paip air. Kementerian akan meningkatkan pemantauan supaya kerja pembaikan dapat disegerakan untuk megelakan perkara tidak diingini berlaku lagi.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian