Ikut arahan JKR tanpa ragu- Khalid | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

PETALING JAYA- Sebanyak 175 penduduk di sekitar Bukit Antrabangsa yang kawasan rumah mereka kini  berstatus selamat diduduki diminta pulang ke rumah masing-masing seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penduduk tidak perlu ragu untuk kembali ke rumah kerana JKR bukan sekadar mencadangkan mengikut teori malahan turut memasang alat pengesan tanah runtuh di beberapa tempat sekitar kawasan perumahan itu.

Katanya, dengan pemasangan alat pengesan tanah runtuh itu, amaran awal boleh diberi kepada penduduk di lima kawasan sekitar Bukit Antarabangsa itu.

"Rumah yang dibina di lerang-lereng bukit memang mempunyai risiko namun dengan adanya penyelenggaraan dan pemantauan berterusan setiap hari terutama pada musim hujan, kejadian tanah runtuh boleh dielakkan," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Kesedaran Integriti dan Pencegahan Rasuan Negeri Selangor di sini semalam.

Beliau mengulas kebimbangan beberapa penduduk untuk kembali tingal di lima unit rumah di Jalan Bukit Antarabangsa, 30 unit rumah di Jalan Bukit Mewah dan 38 unit rumah di Jalan Wangsa 11 walaupun sudah  dijamin selamat.

Sementara itu, enam unit rumah di Jalan BJ6A, Taman Bukit Jaya serta keselurujan Blok A dan Blok B di Kondominium Impian selatan juga turut disahkan selamat untuk dihuni semula.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia