KEMENTERIAN Kerjaraya ingin merujuk aduan menerusi SMS daripada ?Warga Felda Jengka 13? yang disiarkan akhbar ini, 26 Januari lalu.
Untuk makluman, pihak kementerian menjalankan siasatan di lokasi yang dimaksudkan. Jalan berkenaan adalah Jalan Persekutuan dan didapati keadaan jalan itu perlu dinaik taraf.
Sehubungan itu, kementerian sudah memajukan laporan kepada pihak Unit Penyelarasan dan Penyelenggaraan Jalan, JKR Negeri Pahang untuk mengemukan anggaran kos bagi pembaikan jalan itu supaya dapat dilaksanakan dengan segera.
Tarikh