CIDB mula latih tenaga kerja | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA TERENGANU 30 Jan- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mula melatih sebahagian daripada 100,000 tenaga kerja dalam usahanya mencapai sasaran melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran akhir tahun ini.

Ketua Eksekutifnya,, Datuk Ir. Hamzah Hassan, berkata, program latihan secara tersusun dan sistematik itu mampu membantu kerajaan menangani pelbagai isu termasuk pemberhentian pekerja berikutan kemelut ekonomi dunia.

Jelasnya, untuk tujuan itu CIDB giat  mendaftarkan tenaga kerja dari firma tempatan dan asing  yang mengalami kesan itu bagi memastikan program yang dirangka dapat ditawarkan kepada golongan terbabit.

Beliau yakin peruntukan kerajaan sebanyak RM200 juya untuk tujuan itu bakal merancakkan lagi sektor pembinaan pada masa akan datang.

?Semua kursus dan program latihan kemahiran yang menjurus kepada sektor pembinaan sudah berjalan dan pelaksanaan adalah secara berperingkat,? katanya kepada Utusan Malaysia  hari ini. 
 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia