Tutup jalan lebih lama | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

GUA MUSANG- Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang terpaksa menutup Jalan Gua Musang- Lojing lebih lama lama berikutan penangguhan kerja pembinaan jalan lenongan di kawasan jalan runtuh di Kilometer 54, di sini, hingga selepas sambutan Tahun Baru Cina. 

Penangguhan itu jiga dibuat selepas kenderaan berat dilarang menggunakan laluan berkenaan sempena Ops sikap XiX sejak 19 Januari hingga 2 Februari ini.

 Jurutera JKR Daerah, Abdul Halim Khalid, berkata pihaknya patuh terhadap larangan itu dan akan menunggu tempoh ditetapkan sebelum dapat meneruskan semua kerja pembinaan jalan lencongan berkenaan. 

"Kami sudah memulakan kerja pembinaan jalan lencongan sejak kejadian pada 17 januari lalu d an kini terpaksa dihentikan sementara kerana Ops Sikap melarang kenderaan berat daripada menggunakan jalan terbabit. 

"Selepas kerja pembinaan di teruskan, kami jangka ia tidak mengambil masa terlalu lama sebelum dibuka semula kepada orang ramai, katanya. Selain kawasan berkenaan terdapat dua lagi kerja pembinaan jalan runtuh dekat Lojing terpaksa ditangguhkan. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro