Plaza tol Mantin beroperasi Sabtu ini. | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 29 Jan- Plaza tol Mantin di Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) akan memulakan operasi mengutip tol pada sabtu ini selepas sebulan dibuka secara percuma 

Ketua Pegawai Eksukutif Lekas Sdn. Bhd, Neon Soon Hiong berkata, kutipan itu akan bermula pada pukul 12.01 pagi dan merupakan plaza tol keempat di lebuh raya itu. Katanya, Lekas sepanjang 44.30 kilometer itu mula dibuka sebahagiannya kepada semua lalu lintas pada 31 Disember lalu. 

"Projek ini dibahagikan kepada tiga pakej utama iaitu Pakej satu yang kini telah dibuka kepada lalulintas, Pakej 2A (juga sudah dibuka) dan 2B serta Pakej Tiga," katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau memberitahu, kadar tol yang dikenakan ke Pajam adalah RM1.70 untuk kelas 1, RM 2.50 (kelas 2), RM 3.30 (kelas 3), RM 0.80 (kelas 4) dan RM 0.60 (kelas 5 ) 

"Bagi ke Semenyih pula, kadarnya ialah RM 3.50 ( kelas 1) RM 5.30 (kelas 2 ) RM 7.00 (kelas 3) RM 1.80 (kelas 4) RM 1.30 (kelas 5)

 "Manakala ke Kajang Selatan pula RM4 (kelas 1), RM6 (kelas2 ), RM 8 (kelas 3 ), RM2 (kelas 4) dan RM 1.50 (kelas)," katanya Lekas Sdn Bhd berjaya menyiapkan pakej 2A dengan jarak sepanjang 11.08 kilometer pada bulan Disember tahun lepas iaitu lima bulan lebih awal dari yang dijadualkan. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia