KUALA LUMPUR - Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) akan membuat lencongan di Kilometer 23 hingga Kilometer 24.4 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih jalan di kawasan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kesas, kerja membaik pulih itu akan bermula pada Isnin ini sehingga 30 April.
Kerja baik pulih itu adalah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya berkenaan.
Sehubungan itu, semua pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan terbabit.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-56337188 atau layari laman web www.kesas.com.my.
Tarikh