'Henti segera tambak tanah di cerun bukit' | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KR periksa semua kawasan tentukan keselamatan

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa kejadian tanah runtuh termasuk di Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu, Kementerian Kerjaraya mengarahkan supaya pembangunan kawasan cerun dengan menambak tanah atau kaedah tip-fill slope dihentikan segera. 

Menterinya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang memeriksa semua kawasan cerun yang ditambak, sistem penahan cerun dan cerun berbatu bagi menentukan tahap keselamatannya. 

 

"Pada masa sama, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) boleh berperanan memastikan kontraktor berdaftar dengannya tidak melanggar spesifikasi memadatkan tanah dan tidak lagi menggunakan kaedah penambakan kawasan cerun. 

"Bagi semua pembangunan baru, saya syorkan Laporan Ketelitian Jurutera Profesional terhadap penilaian pembangunan kawasan cerun dibuat terlebih dulu bagi memastikan kontraktor dan pemaju mematuhi semua akta serta peraturan sedia ada. 

"Selain pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, pemaju dan kontraktor, pelanggan atau pembeli juga harus memeriksa hartanah yang ingin dimiliki," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar Tatacara Pembangunan Cerun Yang Selamat, di sini semalam. 

 

 

 

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Minggu