Alat canggih ganti Smart Tag | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

GEORGE TOWN- Sekumpulan pakar dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta alat pengesan Sistem Maklumat Pangkalan Data Frekuensi Radio (RFID) yang pertama di Malaysia dengan keupayaan mengesan data atau kehadiran seseorang dari jarak sejauh 45 meter.

Sistem yang dibangunkan dengan kos RM2 juta itu dikatakan mempunyi keupayaan yang lebih baik untuk mengantikan sistem Smart Tag yang digunakan  yang digunakan di plaza-plaza tol.

Pensyarah Fakulti  Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (USM), Dr. Widad Ismail berkata, system dibangunkan oleh pasukan penyelidik tempatan itu mengambil masa kurang setahun untuk disiapkan.

Menurutnya, ia percubaan pertama menggunakan teknologi Zigbee  (teknologi dan rangkaian sensor tanpa wayar) dengan kebolehan mengesan sehingga 30 meter di dalam bangunan dan 45 meter di luar bangunan.

"Antara aplikasi yang boleh digunakan melalui sistem ini ialah pengesan barangan contohnya komputer riba atau barangan peribadi yang boleh dikesan sekiranya dibawa dari sesebuat bilik tanpa kebenaran.

"Ia juga boleh digunakan untuk mengesan manusia seperti pesakit atau pegawai perubatan di hospital, kakitangan syarikat dan kanak-kanak di tadika," katanya pada siding media di USM semalam.

Tidak cukup dengan  itu, alat tersebut juga berfungsi memantau kehadiran di pejabat, transaksi kredit di bank, mengawal dan memeriksa produk di kilang, kawalan inventori dan banyak lagi.

Selain RFID aktif itu, pihaknya  turut mencipta aplikasi RFID pasif yang berperanan mengesan kehadiran pelajar  ke kelas, mengantikan kod bar barangan serta di tempat letak kereta pejabat.

"Sistem itu digunakan sebagai perintis di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM yang mana 50 pelajar dipilih sebagai kumpukan percubaan memantau kehadiran mereka ke kuliah.

"Ia telah digunakan sejak penghujung Disember lalu apabila semester ini bermula dan laporan kehadiran setiap minggu dikeluarkan" ujarnya.

Setakat ini kajian USM itu telah menarik minat tiga syarikat untuk memasarkannya
 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo