Duke mula operasi kutip tol | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 8 Feb- Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) mula mengenakan tol kepada pengguna tepat pukul 12.01 tengah malam tadi bagi beberapa laluan.

Laluan yang terlibat ialah, bahagian lebuh raya yang bermula dari Plaza Tol NKVE sehingga ke Jalan Kuching, dan bahagian DUKE yang bersambung dari arah timur merentasi jalan-jalan jejari seperti Semarak, Jalan Setiawangsa, Jalan Ulu Klang ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2). 

Turut terlibat ialah bahagian DUKE yang bermula dari hubungan DUKE yang bermula dari hubungan Duta/ Ulu Kelang dan di selatan pinggiran yang berpusat di Batu Caves. 

Bagi plaza tol keluar hubungan Ulu Klang di Ayer Panas dan Hubungan Karak di Sentul, kenderaan yang mempunyai dua gander dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas) kadar tol yang dikenakan ialah RM2. 

Kenderaan yang mempunyai dua gander dan lima atau enam roda (kecuali bas) dikenakan tol sebanyak RM3 manakala RM4 akan dikenakan bagi kenderaan yang mempunyai tiga gander atau lebih (kecuali bas). Untuk teksi dan bas pula, kadar tol yang dikenakan masing-masing ialah RM1 untuk teksi dan RM0.70 untuk bas. 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia