RM70j untuk Bukit Antarabangsa | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan RM70 juta bagi kerja-kerja memperkukuhkan kembali cerun di Bukit Antarabangsa, di sini yang runtuh dan mengorbankan lima penduduk pada 6 Disember lalu.

Projek itu bakal bermula minggu depan dan dilaksanakan oleh tiga atau empat kontraktor dengan tempoh masa siap selama enam bulan di kawasan kritikal manakala bagi keseluruhan bukit dijangka selama dua tahun.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kerajaan juga akan mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab termasuk pemilik tanah dan pemaju projek di kawasan tersebut bagi tuntutan balik segala kos pembaikan dan pengukuhan cerun itu.

Katanya, kerja-kerja itu akan dilaksanakan segera dengan menggunakan kaedah kejuruteraan terkini.

"Hasil kajian mendapati kejadian itu berlaku akibat kegagalan cerun buatan manusia di situ bertahan selepas pembangunan pesat sekitar 1975 hingga 1985,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalamKosmo! sebelum ini melaporkan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berlaku sekitar 3.30 pagi yang turut meranapkan 14 buah banglo.

Jelasnya, buat permulaan pihaknya menumpukan kerja-kerja permbaikan di 13 unit rumah di Taman Bukit Mewah, lapan unit rumah di Taman Bukit Jaya dan 23 buah rumah sepanjang jalan Wangsa 9."Kesemua 44 unit rumah itu masih diisytihar belum selamat diduduki," jelasnya 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo