Persimpangan Putra Heights dibuka | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SUBANG JAYA- Penduduk di Putra Heights dan kawasan perumahan berhampiran dengannya kini berpeluang menggunakan persimpangan bertingkat Putra Heights yang dibuka  kepada pengguna jalan raya bermula pukul 6 petang semalam yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Persimpangan dwilorong itu merupakan persimpangan kedua dibina dan dibiayai oleh Sime Darby Property untuk menyokong persimpangan 'trumpet'? yang sedia ada di sepanjang Lebuh Raya  Damansara-Puchong (LDP).

Menurut Mohd Zin, pembukaan persimpangan baru berharga RM 65 juta di dijangka dapat meningkatkan permintaan hartanah di Putra Heights seluas 72 hektar yang menjadi sebuat perbandaran yang menjadi rebutan di Lembah Klang.

"Kita menghargai pelaburan besar Sime Darby Property kerana membina persimpangan ini yang pastinya dapat memberikan manfaat kepada penghuni Putra Heights.

"Ia disiapkan dalam tempoh 22 bulan dan diserahkan secara rasmi kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (semalam).

"Pembukaan persimpangan sepanjang tiga kilometerini tepat pada masa kematangan pembangunan Putra Heights yang dijangka mempunyi penduduk seramai 60,000 apabila perbandaran ini siap sepenuhnya menjelang 2016," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Putra Heights, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), di plaza tol berkenaan di sini, semalam.

Mohd Zin berharap lebih bantak lagi pemaju hartanah, syarikat-syarikat besar dan sederhana turut mengikut insiatif meneladani usaha yang diambil oleh Sime Darby Property dengan memberi perhatian sama rata terhadap pembangunan infrastruktur berikutan kepesatan pembangunan di dalam sebuah perbandaran.

Sementara itu, Pengarah Utusan Sime Darby Property, Datuk Tunku Putra Badlishah Tunku Annuar memberitahu, Putra Height adalah satu projek yang penting dan berjaya bagi Sime Darby Property. 

"Justeru, persimpangan Putra Heights adalah satu usaha proaktif kami untuk membina dan membiayainya sebagai usaha untuk meningkatkan infrastruktur dan manfaat bagi penduduk erbandaran ini dan kawasan sekitarnya sungguhpun pembinaan bukan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Persimpangan ini memudahkan lagi laluan keluar masuk dari LDP dan Lebuhraya ELITE dan dapat menjimatkan masa sehingga 15 minit," katanya.
 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo