KEMENTERIAN Kerja Raya mempunyai sebab tersendiri apabila diberikan penarafan sebagai Kementerian bertaraf lima bintang oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui penilaian Sistem Star Rating Kementerian 2008.
Sejak diletakkan dibawah kepimpinan Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed,Kementerian Kerja Raya (KKR) menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam meningkatkan taraf jalan raya persekutuan di seluruh Negara.
Harapan Mohd Zin ialah supaya Jalan Persekutuan di Negara ini standing dengan lebuh raya utama di dunia dari aspek piawaian keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.
"Kementerian memikul tanggungjawab berat membina prasarana dan kemudahan awam di Negara ini degan slogan " Ke Arah Kesejahteraan Rakyat."
"Peranan dan fungsi Kementerian juga bertambah dari setahun ke setahun bagi memenuhi permintahaan Negara yang sedang rancak membangun ini," katanya.
Kementerian Kerja Raya juga meneruskan komitmennya dari segi perancangan strategik dalam membangun dan mengekalkan taraf Jalan Persekutuan standing dengan jalan raya di Negara maju demi kemudahan, manfaaat dan keselesaan pengguna jalan raya sendiri dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi Negara.
Menerusi bantuan rakan kongsi strategic Kementerian seperti JKR Persekutuan ,JKR Sabah dan JKR Sarawak, sepanjang 16,500 kilometer (km) Jalan Persekutuan sudah dapat dibina di seluruh Negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya bercadang meningkatkan aksesibiliti Jalan Persekutuan kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negera itu.
"Kami bercadang membina Jalan Persekutuan yang baru di bawah Kementerian Kerja Raya bagi menggantikan jalan yang sudah uzur dan perlu dinaik taraf.
"Kami gembira dengan sokongan baik yang diterima dengan sokongan baik yang diterima daripada kerajaan persekutuan yang memberikan geran sejumlah RM330 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan melalui Kementerian Kerja Raya khusus menaik taraf jalan raya sebegini,"katanya.
Beliau berkata memandangkan negeri itu letaknya berdekatan dengan Kuala Lumpur, prasarana jalan raya yang baik dan selesa mampu menggalakkan lebih ramai orang berkunjung ke Seremban dan menggunakan laluan ini untuk pergi dan balik Kerja dari dan Ke Kuala Lumpur.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Dr Roslan Mohd Taaha, berkata Kementerian dan menteri menunjukkan sokongan baik kepada usaha penyenggaraan Jalan Persekutuan di negaea itu.
"Contohnya, Ketua Setiausaha Kementerian, Dato' Sri Dr. Abdul Munit Kasmin meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta pada tahun lalu untuk Kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan utama dan Jalan Persekutuan di penempatan Felda negeri itu,"
"Pada masa sama, Kementerian memberi perhatian kepada permohonan sebanyak RM20 juta lagi yang bakal digunakan untuk menaik taraf jambatan yang sempit dan merbahaya bagi Jalan Persekutuan Utama di seluruh Negeri Sembilan," katanya.
Roslan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri juga berpuas hati dengan tindakan yang diambil KKR bagi Kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di negeri itu.
"Pegawai JKR sering diundang menyertai mesyuarat dianjurkan Kementerian dan ia membuktikan hubungan baik antara kedua-dua agensi.
"Kami juga mengalu-alukan usaha Dr Abdul Munit yang sering melawat tapak bagi menyiasat keadaan Jalan Persekutuan dan berkomunikasi dengan orang bawahnya bagi melancarkan Kerja penyenggaraan jalan-jalan tersebut," ujarnua.
Beliau berkata insentif RM5 kepada kakitangan Kementerian yang mengambil gambar Jalan Persekutuan yang rosak adalah sangat baik dan dipuji.
"Ia cara yang bijak dan berkesan untuk meningkatkan kualiti Jalan Persekutuan di Negara ini," katanya..