Tiada syarat 25 peratus kutipan tol | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR- Perjanjian konsesi lebuh raya tidak disyaratkan 25 peratus kutipan tol perlu diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan lebuh raya, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed. 

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalan bahawa kerajaan bagaimanapun mempunyai kuasa mengeluarkan notis kepada syarikat konsesi untuk mengguna pakai bon penyelenggaraan sekiranya mereka didapati gagal mematuhi obligasi menyelenggara lebuh raya. 

Mohd Zin berkata, kerajaan berhak memantau semua syarikat konsesi lebuh raya bagi memastikan mereka melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi. 

Menurutnya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan kualiti lebuh raya memenuhi piawaian yang ditetapkan. 

"Pemantauan dibuat berdasarkan garis panduan penyelenggaraan "Expressway Maintenace System-Civil Works, Guideline and Manual' dan beberapa garis panduan lain yang perlu dipatuhi syarikat konsesi," katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Mohd Puad . 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian