Pemansuhan tol bukti Kerajaan Pusat Prihatin | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

PJS - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selangor berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Pusat kerana memansuhkan Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) PJS 2, di sini bermula semalam.

Ketua Pemuda, Ridzuan Mahidin berkata, pemansuhan plaza tol dari arah bandar Sunway menghala Petaling Jaya itu menunjukan Kerajaan Pusat komited dalam membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dengan kewujudan plaza tol berkenaan, terutamanya bagi penduduk kampung di Taman Medan dan Taman Dato Harun.

Menurutnya, dengan permansuhan plaza tol berkenaan, ia dapat memberi kelegaan kepada penduduk, seterusnya mengurangkan pelbagai masalah timbul di kawasan perumahan sekitar kampung terbabit.

"Pemuda merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat dan menteri berkaitan kerana memansuhkan tol tersebut. Ini menunjukkan mereka prihatin terhadap masalah dihadapi rakyat.

"Pemansuhan plaza tol ini juga merupakan satu berita gembira buat kami dan penduduk kampung.  Masalah yang timbul dalam kawasan perumahan seperti kesesakan dan sebagainya dapat dikurangkan," katanya kepada Sinar Harian.

Penutupan Plaza Tol NPE PJS 2 dari arah Bandar Sanway menghala ke Petaling Jaya dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, semalam.

Sejak plaza tol tersebut mula beroperasi pada 2004, pelbagai masalah timbul dan membelenggu penduduk kampung, terutamanya di Taman Medan dan Taman Dato Harun.

Antaranya ialah kesesakan luar biasa pada waktu puncak kerana pengguna lebuh raya masuk ke kawasan perumahan kerana mahu mengelak membayar tol.

Majlis penutupan tol berkenaan turut dihadari pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR)

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian