GEORGETOWN- Kerajaan Pusat wajar membeli lebuh raya Utara - Selatan daripada syarikat konsesinya untuk mengelakkan beban yang lebih teruk kepada pengguna pada masa depan.
Setiausha, Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan hanya perlu membayar kepada syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), anak syarikat UEM, mengikut harga ketika pembinaannya iaitu Rm 8.8 bilion, maklumat yang diperoleh daripada laporan tahunannya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, jika tidak mempunyai wang, kerajaan Pusat boleh membuat pinjaman daripada bank luar Negara untuk mengambil alih pengurusan lebuh raya itu.
"Mustahil Kerajaan Pusat tidak mempunyai wang sebanyak itu. Kutipan tol lebuh raya itu akan memberi pulangan besar pada masa depan berbanding dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengambil alihnya.
"Kerajaan juga tidak wajar membayar pampasan kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan keputusan Kabinet untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Mac sehingga ke satu masa yang akan diputuskan kemudia," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Sambil mengalu-alukana langkah itu, beliau berkata rakyat tidak harus dibeban dengan bayaran tol yang terus meningkat setiap tahun.
"Jika ditangguhkan kenaikan tol, kerajaan kena bayar pampasan. Ini tidak adil kerana secara tidak langsung rakyatlah yang menanggung kos itu kerana kerajaan guna duit rakyat.
"Kenapa kerajaan sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak semata-mata untuk menolong satu atau dua syarikat dengan mengabaikan kebajikan 27 juta rakyat Malaysia,? katanya.
Beliau berkata proses nasionalisaso itu tidak akan menjejaskan kepercayaan pelabur asing kerana kontrak konsesi tol itu berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat berkenaan.