JAKARTA 2 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangkang sengaja melabel kerajaan sebagai 'flip flop' kerana mereka kecewa dengan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol.
Menurut Abdullah, tindakan itu mengecewakan pembangkang kerana ia tidak boleh dijadikan modal untuk mereka menghentam kerajaan.
"Jika keputusan yang salah dan tidak elok dibuat dan kita tukar balik, apa kaitan dengan flip flop.
"Kalau kita teruskan yang paling bising pembangkang, tapi sekarang dia tidak berpeluang buat bising dia kata flip flop," katanya Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas berucap pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kelima di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan kadar tol dibuat Kabinet ketika keadaan ekonomi tidak seburuk pada masa ini dan tiada rancangan mengeluarkan satu lagi pakej rangsangan.
Bagaimanapun, ujar beliau, setelah kajian lanjut dibuat berdasarkan situasi semasa, langkah menaikkan kadar tol didapati tidak secocok dengan usaha kerajaan untuk membantu rakyat melalui pakej rangsangan kedua.
Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol antara 0.68 sen hingga 50 sen di lima lebuh raya berkuat kuasa 1 Mac, semalam.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman keputusan itu ditangguhkan ke satu tempoh yang belum ditetapkan, iaitu bergantung kepada kemampuan kerajaan