Penarafan AA3 Besraya tidak dipengaruhi penghapusan tol | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR - Pemansuha kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya baru-baru ini tidak memberi kesan kepada penarafan AA3 kemudahan nota jangka sederhana atau kertas komersil (CP/MTN) Besraya (M) Sdn Bhd berjumlah RM100 juta, kata RAM Rating.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pengecualian sumbangan perolehan Salak Jaya itu tidak di jangka menjejaskan langkah perlindungan hutang Besraya, setelah nisbah perlindungan pembayaran hutang syarikat masih diunjur pada minimum dua kali.

"Maklumat mengenai pampas an kerajaan bagi pemansuhan kutipan tol Salak Jaya masih belum mencapai kata putus.  Tetapi kami di fahamkan bahawa ia berkemungkinan dalam bentuk pengecualian terhadap pinjaman sokongan kerajaan yang tertunggak atau lanjutan perjanjian konsesi," katanya.

Sementar itu, Besraya telah diberikan kerja-kerja tembahan berjumlah kira-kira RM649 juta melibatkan kerja pemanjangan lebuh raya Sungai Besi sepanjang 12 kilometer lagi, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan selatan Kuala Lumpur serta MRR1 dan MRR2. Kerja-kerja tambahan berkenaan dijangka siap dalam masa 36 bulan.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian