LEBUHRAYA Duta Hulu Klang (DUKE) adalah sebahagian dari rancangan Kerajaan Persekutuan bagi Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur yang melengkapkan jalan-jalan lingkaran dari jalan jejari bandar raya untuk mengurangkan kesesakan trafik. Hubungan ini adalah penting untuk jalan raya di bahagian timur-barat disebelah utara Kuala Lumpur yang menyediakan laluan alternatif untuk mengelakkan trafik dari menggunakan jalan pusat bandar raya.
Segala perancangan Lebuhraya Duke adalah di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang mewakili Kementerian Kerja Raya dan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Kuala Lumpur (Kesturi) adalah syarikat konsesi yang dilantik untuk membina, operasi dan penyelenggaraan lebuh raya Kerajaan Persekutuan - Duke,
Sehubungan itu, Kesturi juga ingin menjelaskan bahawa segala pampasan untuk pemotongan pokok di dalam rizab Lebuhraya Duke, sudah pun dijelaskan untuk perhatian Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum lebuh raya berkenaan dibuka sepenuhnya, Pihak Kesturi menerima arahan serta kelulusan dari Jabatan Landskap untuk memotong pokok yang berada hanya di dalam kawasan rizab Lebuhraya Duke yang diwartakan sebelum kerja pembinaan dilakukan.