Gangguan lampu jalan di DUKE | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR 5 Mac- Lampu jalan di beberapa kawasan di Lebuh Raya Duta- Ulu Klang (DUKE) mengalami sedikit ganguan sementara yang berpunca daripada perbuatan vandalisme dan kecurian.

Pemegang  konsesi DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn.Bhd, (Kesturi) memberitahu, kawasan-kawasan yang terlibat ialah antara Kilometer 2 (arah barat) selepas persimpangan Jalan Kuching menuju Plaza Tol Jalan Duta, menuju Plaza Tol Jalan Duta

"Gangguan juga berlaku di persimpangan Karak iaitu di antara Kilometer 1.1 sehingga 1.8 (menuju ke susur keluar Bandar Dalam) dan antara Kilometer 2.8  dan 3.8 (arah utara) menuju persimpangan Greenwood/Karak," kata Kesturi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan DUKE sedang membaiki masalah itu dan berkerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengelakkan kabel elektrik di curi lagi.

Justeru, pihak pengurusan DUKE meminta pengguna supaya lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan berkenaan.  

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia