Kenderaan berat lalu Bukit Putus | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

SEREMBAN- Kenderaan berat yang dilarang menggunakan Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, dekat sini akibat tebing runtuh berikutan hujan lebat sejak 2 Mac lalu, boleh melalui semula jalan itu mulai isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri Sembilan, Ir Dr Roslan Md Taha, berkata walaupun kerja membaiki runtuhan tebing di kilometer 14.7 belum siap sepenuhnya tetapi kajian mendapati ia selamat digunakan semua jenis kenderaan.

"Sehubungan itu, mulai Isnin lalu kita menarik balik larangan kenderaan berat daripada menggunakan laluan itu dan pada masa sama pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda amaran dan kakitangan yang bertugas bagi memastikan keselamatan, selain kelancaran trafik," katanya ketika dihubungi, semalam. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian