Lencongan di Sprint mulai hari ini | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

KUALA LUMPUR-Pengguna lebuhraya Sprint akan dilencongkan ke jalan susur baru di hadapan Tropicana City Mall bermula awal pagi ini sehingga 12 tengah malam 14 disember.

Jabatan Komunikasi Sprint dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu pengalihan trafik sementara itu adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembinaan jejambat bertingkat dan yang berkaitan dengan projek Tropicana City Mixed Development oleh Tropicana Sdn Bhd.

Justeru pengguna Lebuhraya Sprint yang menghala ke  Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di sepanjang lalu itu.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Sprint, 03-74947333
 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia