KUALA LUMPUR- PLUS Expressway Berhad (PLUS) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengalih kenderaan berat yang rosak atau terkandas di lebuh raya tanpa persetujuan pemilih kenderaan tersebut.
Menurut Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Khalilah Mohd Talha, terdapat ramai pemandu kenderaan berat yang berdegil dan tidak mahu mengikut arahan supaya mengalihkan kenderaan mereka.
"Semua pergerakan kenderaan di lebuh raya di pantau menggunakan Sistem Pengesanan Global(GPS) dan pasukan yang paling hampir akan tiba bagi memberi bantuan dalam masa 30 minit selepas mendapat maklumat.
"Pemandu akan diarah supaya mengalihkan kenderaan mereka dengan segera tetapi dalam banyak insiden pemilik selalunya berdegil. Pihak kami pula tidak mempunyai kuasa untuk mengalihkan kenderaan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak yang mendakwa PLUS ' Cuci tangan' dalam menangani isu kenderaan berat yang tersadai di lorong kecemasan sehingga menjadi penyumbang kepada rentetan kemalangan maut sejak akhir-akhir ini.
Tambah Khalilah, bagi mengatasi masalah kedegilan pemandu kenderaan berat, pihaknya kini telah meningkatkan kerjasama dengan pihak polis