Penggunaan IBS Dalam Sektor Swasta Disokong Institut REHDA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Penggunaan IBS Dalam Sektor Swasta Disokong Institut REHDA

Penggunaan IBS Dalam Sektor Swasta Disokong Institut REHDA

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2019 – Agenda memperkasakan penggunaan Sistem Binaan Industri (Industrial Building System – IBS) dalam negara terus mendapat sokongan sektor swasta melalui penganjuran IBS Masterclass and Conference oleh Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Program ini, telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian yang juga telah menyampaikan ucaptama kepada para hadirin. Menggunakan tema “Innovate to Transform”, sektor swasta seperti REHDA yang terlibat secara langsung dengan projek pembinaan perumahan diseru supaya mengaplikasi teknologi IBS yang terbukti mampu menjimatkan kos dan mempercepatkan kerja pembinaan berbanding kaedah pembinaan konvensional.

Kementerian Kerja Raya melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyokong penggunaan IBS dikalangan pemain industri sektor awam dan swasta. Antaranya adalah dengan memperkenalkan program IBS Manufacturer and Product Assessment and Certification (IMPACT) yang memastikan sesuatu produk dan komponen IBS menepati piawaian yang ditetapkan CIDB.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10