Tinjauan Trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sempena Sambutan Tahun Baru Cina | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Tinjauan Trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

SUBANG JAYA, 15 Februari 2018:  YB Dato' Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya telah mengadakan lawatan Tinjauan Trafik di Lebuhraya Utara Selatan sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di Persada PLUS, Subang Jaya. Semasa sesi lawatan tersebut beliau menyatakan bahawa kerajaan sedang merancang untuk melaksanakan Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan bagi menguruskan aliran trafik di lebuhraya seluruh negara termasuk Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuhraya Persekutuan di negara ini.

Tambah beliau lagi, secara prinsip perancangan mengenai pusat itu itu telah dibincangkan diperingkat jemaah menteri. Manakala, diperingkat Kementerian Kerja Raya menerusi sekretariat cuba melaksanakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diwakili semua kementerian khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis dengan mewujudkan Pusat Kawalan Trafik Kebangsaan.

Menurut beliau lagi cadangan itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu menjelang tahun 2020 dan keberkesanannya pengurusan trafik di seluruh lebuhraya boleh dijangka dalam masa lima tahun selepas pelaksanaannya.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Ismail Md. Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14