Delegasi Kementerian Kerja Raya ke Sidang APEC, Jalin Hubungan Diplomatik Malaysia-Chile | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Delegasi Kementerian Kerja Raya ke Sidang APEC, Jalin Hubungan Diplomatik Malaysia-Chile

Delegasi Kementerian Kerja Raya Ke Sidang APEC, Jalin Hubungan Diplomatik Malaysia-Chile

13 OGOS 2019- SANTIAGO, CHILE: Delegasi Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Menteri, YB Baru Bian telah hadir ke Persidangan APEC yang berlangsung selama dua hari iaitu 14-15 Ogos 2019 di Santiago, Chile. Tema persidangan ini ialah ‘From Latin America to APEC: Reality and Challenges for a Quality Infrastructure Through PPP's'.

YB Baru Bian juga berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya Chile, Mr Alfredo Moreno. Kedua-dua Menteri membincangkan potensi kerjasama Malaysia-Chile dalam bidang infrastruktur dan pembinaan. YB Baru turut menghadiahkan buku tulisan beliau, The Long Awakening kepada Alfredo sebagai tanda persahabatan diplomatik.

Pada Persidangan APEC tersebut, YB Baru Bian telah menyertai sesi meja bulat bertajuk: Promoting Private Investment in Quality, Sustainable and Resilient Infrastructure pada 13 Ogos, manakala pada keesokan harinya, YB Baru Bian sekali lagi menyertai sesi meja bulat dengan tajuk: Quality Infrastructure for the Regional Development of Logistics.

YB Baru Bian dan para delegasi persidangan kemudian dibawa ke satu Lawatan Teknikal di Gran Torre Santiago (Great Santiago Tower), sebuah bangunan pencakar langit setinggi 64 tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di Amerika Latin. Bangunan tersebut juga merupakan yang kedua tertinggi di hemisfera Selatan. Salah seorang arkitek bangunan ini ialah César Pelli, arkitek daripada Argentina yang turut merekabentuk Menara Berkembar Petronas.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11