Menteri Kerja Raya bersiaran di Selamat Pagi Malaysia dan Stesen Radio RTM | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Menteri Kerja Raya bersiaran di Selamat Pagi Malaysia dan Stesen Radio RTM

KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2019 - Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian hadir ke Wisma Berita Angkasapuri, bagi siaran langsung Selamat Pagi Malaysia yang turut mengupas tajuk perbincangan "Memperkasa Industri Infrastruktur Negara" .

Selesai slot temubual di rancangan Selamat Pagi Malaysia, Menteri Kerja Raya turut mengisi undangan slot temubual di siaran radio milik RTM di Wisma Radio, Angkasapuri. Membicarakan topik "Memperkasa Industri Infrastruktur Negara", YB Menteri telah ditemubual oleh dua stesen radio iaitu Nasional FM yang menyediakan siaran berbahasa melayu dan TRAXX FM yang menyediakan siaran berbahasa inggeris.

YB Tuan Baru Bian kemudian dibawa melawat ke Bilik Berita RTM bertempat di Wisma Berita Angkasapuri dan diberi peluang menyantuni warga kerja di Bilik Berita serta meninjau sendiri fasiliti terkini yang dimiliki oleh agensi penyiaran nasional ini. Beliau turut berpeluang merasai pengalaman menyampaikan 'berita' di Studio Bilik Berita RTM.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6