Hari Psikologi Kementerian Kerja Raya Tahun 2019 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Hari Psikologi Kementerian Kerja Raya Tahun 2019

KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2019 - Sambutan Hari Psikologi Kementerian Kerja Raya 2019 dengan tema “Santuni Anak Syurga” telah dianjurkan Cawangan Pengurusan Psikologi (CPPs), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kerja Raya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir hadir bagi merasmikan majlis perasmian pagi tadi bertempat di Bilik Tanjung, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr Ong Gua Pak serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Kerja Raya, Encik Ahmad Huzairi Rawee.

Selain dari Pentauliahan Ahli AKRAB KKR/JKR/LLM 2019, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan anugerah AKRAB Unggul 2019 dan juga membuat lawatan ke tapak pameran diiringi tetamu kehormat yang lain.

Dua ceramah mengenai anak-anak istimewa juga turut disampaikan bertajuk "Pendidikan Anak-anak Istimewa" oleh Puan Rasean Helisma Hamzah, Guru Pendidikan Khas dan Kaunseling SK Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur serta "Peranan Keluarga dalam Kehidupan Anak-anak Istimewa" oleh Encik Mohamad Zulkifli Ismoin, Penolong Pegawai Psikologi, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11