Penyerahan Surat Setuju Terima Dan Permulaan Kerja National Centre for Food Safety (NCFS). | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Penyerahan Surat Setuju Terima Dan Permulaan Kerja National Centre for Food Safety (NCFS).

SEPANG, 5 APRIL 2018: Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Permulaan Kerja Pusat Kebangsaan untuk Keselamatan Makanan (National Centre for Food Safety, NCFS) telah dirasmikan bersama oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di tapak projek NCFS di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pembinaan NCFS sebagai langkah untuk menangani cabaran keselamatan makanan rakyat Malaysia sekaligus dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan kualiti makanan negara. 

NCFS dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) yang berfungsi dalam menjalankan aktiviti utama dalam menjana data saintifik untuk memastikan kawalan keselamatan makanan yang berkesan. 

Pusat ini juga akan menempatkan Pusat Latihan Keselamatan Makanan Antarabangsa (International Food Safety Training Center, IFSTC) dan Pusat Penilaian Risiko ASEAN (ASEAN Risk Assessment Center, ARAC) dibawah BKKM.

Penyerahan SST dan Mula Kerja telah diserahkan kepada Syarikat Perwira Indah Jaya Sdn. Bhd yang merupakan kontraktor terpilih dalam menjayakan projek ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2021. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Ybhg. Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Ybhg. Dato Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Pengarah JKR Selangor Dato' Ir. Ruslan bin Abd Aziz, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dato' Dr. Khalid bin Ibrahim, dan ADUN Dengkil Tn. Hj. Sharum bin Hj Mohd Sharif

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12