Perasmian Penutup Hari Profesion Teknikal Negara 2019 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Perasmian Penutup Hari Profesion Teknikal Negara 2019

Perasmian Penutup Hari Profesion Teknikal Negara 2019

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2019 – Hari Profesion Teknikal Negara 2019 (HPTN 2019) melabuhkan tirainya setelah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia (TM Convention Centre). HPTN diistiharkan pada setiap hari Sabtu pertama bulan Disember bermula tahun 2018 dan tahun ini merupakan julung kalinya acara ini diadakan pada peringkat Kebangsaan.

Perasmian penutupnya disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan. Dalam ucapan perasmian penutupnya, beliau berharap agar objektif penganjuran HPTN ini mencapai matlamatnya dan menjadi satu titik permulaan yang besar untuk dijadikan sebagai agenda utama dalam memartabatkan Profesion Teknikal di Malaysia agar kekal penting untuk memacu negara kepada kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Terdahulu beliau turut menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Penarafan Lebuhraya Hijau (MyGHi), disusuli dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan STEM, E-Sport dan Futsal serta menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan NIOSH bagi Pelaksanaan Program Akreditasi Expressway Operation Safety Passport (EOSP) Lebuhraya Bertol di Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9