Lawatan Mengejut YB Menteri Kerja Raya di Tapak Pembinaan Overhead Motorcycle Bridge di Lebuhraya Persekutuan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Lawatan Mengejut YB Menteri Kerja Raya di Tapak Pembinaan Overhead Motorcycle Bridge di Lebuhraya Persekutuan

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2018: Menteri Kerja Raya YB Dato' Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah mengetuai satu lawatan dan pemeriksaan mengejut untuk melihat kerja-kerja pembinaan jejambat motorsikal 'overhead motorcycle bridge' dan menaiktaraf sistem perparitan di Lebuhraya Persekutuan FT2. 

Pemeriksaan mengejut ini dilakukan untuk memastikan bahawa pembinaan (overhead motorcycle bridge) ini disiapkan mengikut masa dan spesifikasi keselamatan yang ditetapkan. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap lorong motorsikal yang terdapat di kawasan berhampiran. 

Pembinaan jejambat motorsiikal ini diharap dapat mengatasi masalah utama banjir dalam terowong motorsikal disamping dapat meningkatkan aspek keselamatan pengguna lebuhraya yang keluar/masuk ke laluan. 

Turut hadir mengiringi YB Menteri Kerja Raya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Ir. Hj. Zulakmal bin Hj. Sufian. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20