Majlis Pelancaran “Cultural Night Run @ Penang, 2nd Bridge 2020” | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Majlis Pelancaran “Cultural Night Run @ Penang, 2nd Bridge 2020”

Majlis Pelancaran “Cultural Night Run @ Penang, 2nd Bridge 2020”

KAJANG, 10 FEBRUARI 2020 – Acara Larian “Cultural Night Run @ Penang, 2nd Bridge” yang yang menggabungkan aktiviti larian santai (fun run), persembahan kesenian dan kebudayaan masyarakat majmuk di Malaysia bakal diadakan buat kali kedua.

Larian ini akan diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang pada 4 Julai 2020 jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Bagi menyuntik kelainan, pada tahun ini penganjur cuba menggabungkan acara ini dengan persembahan “live busking” berkonsepkan lagu-lagu etnik Malaysia/tradisional.

Penganjur juga menyediakan 39 hadiah penyertaan yang menarik melalui 10 kategori. Penganjur turut menyediakan 200 Hadiah cabutan bertuah di mana Hadiah Utama merupakan dua (2) buah motosikal.

Pelancaran acara larian ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian bertempat di Auditorium, Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM). Pendaftaran secara atas talian telah dibuka mulai 1 Oktober 2019 dan tarikh tutup penyertaan pada 1 Jun 2020 dengan sasaran seramai 3,000 hingga 5,000 penyertaan. Peserta berdaftar akan menerima t-shirt, goodies bag, pingat dan e-certificate daripada pihak penganjur.

Acara ini adalah anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Koperasi Sdn. Bhd. dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Olahraga Amatur Negeri Pulau Pinang (PAAA), Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM).

Acara larian ini turut disokong oleh agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan-Persatuan Sukan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Penganjuran acara larian yang berprestij ini turut dijayakan dengan sokongan daripada penaja –penaja Silver iaitu Touch n Go Sdn. Bhd, Grandsaga Sdn. Bhd, Mex Expressway Sdn. Berhad; Bank Rakyat dan Co-op Bank Pertama Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10