Program Aspirasi Pengurusan Atasan Bersama Kumpulan Pelaksana KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Program Aspirasi Pengurusan Atasan Bersama Kumpulan Pelaksana KKR

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2020 - Program Aspirasi Pihak Pengurusan Atasan bersama Kumpulan Pelaksana Sektor KSU dan Pengurusan Kementerian Kerja Raya telah berlangsung bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya. Sesi perkongsian aspirasi telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Ong Gua Pak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Ahmad Huzairi Rawee, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YBrs. Puan Zuraifah Zuhairon, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, serta YBrs. Tuan Ainul Ridzwan Zainudin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Korporat.

YBhg. Dato' dalam perkongsian tersebut ada menasihatkan agar warga kerja KKR bijak merancang kerja, menguasai kemahiran menyelesaikan masalah serta sentiasa mempunyai andaian positif terhadap rakan sekerja yang lain.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8