Program Tea Talk TKSU(P) Bersama Kumpulan P&P KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
1

Program Tea Talk TKSU(P) Bersama Kumpulan P&P KKR

Program Tea Talk TKSU(P) Bersama Kumpulan P&P KKR

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2020 – Program Tea Talk atau sesi perkongsian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Dr. Ong Gua Pak kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P & P) telah berlangsung di Bilik Mawar 1, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya.

Sesi perkongsian ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya yang bertujuan mewujudkan rangkaian libat urus antara pihak pengurusan Atasan bersama warga Kerja Raya. Dalam perkongsian tersebut, YBhg. Dato' TKSUP berpesan agar bekerjalah seikhlasnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati, tidak perlu berdendam antara satu sama lain serta lebih mensyukuri kehidupan yang dikurniakan Tuhan. Di samping itu, YBhg. Dato' juga menasihatkan agar para pegawai bijak mengurus dan menepati masa.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9